SPOON INDONESIA
MENGAPA VERSI INDONESIA?
Di zaman 90-an, semua lagu-lagu Artis Malaysia yang ingin meluaskan pasaran album dan menembusi pasaran Indonesia akan ditapis terlebih dahulu terutamanya dari segi "Lirik" dan hampir 99% dari lagu-lagu yang menembusi pasaran telah di ubah beberapa perkataan didalam lirik-lirik tersebut mengikut kesesuaian/pemahaman pasaran Indonesia.
SPOON juga tidak terlepas dari penapisan ketika itu dan sesuatu yang amat menariknya ketika itu, SPOON adalah diantara ARTIS MALAYSIA yang mendapat kelulusan penuh kebenaran untuk lagu "RINDU SERINDU RINDUNYA" dipasarkan ke Indonesia tanpa perlu menukar sebarang perkataan didalam lirik "RINDU SERINDU RINDUNYA".

Perihal ini menarik pihak atasan berbesar hati untuk melahirkan satu versi khas untuk lagu "RINDU SERINDU RINDUNYA" - VERSI INDONESIA dengan menambah eleman-eleman orkestra didalam lagu itu (VERSI MINI ORKESTRA).
Versi ini telah disusun muziknya oleh seorang Pengarah Muzik yang terkenal di MALAYSIA iaitu RAMLI M.S yang kini lebih dikenali sebagai DATO' RAMLI M.S. Ini bagaikan satu anugerah yang terbaik buat SPOON sebagai artis baru yang mendapat sentuhan emas Dato' Ramli M.S. didalam lagu itu. Satu situasi yang jarang sekali berlaku sebagai artis baru.
VERSI MINI ORKESTRA ini telah disusun dan dirakamkan di sebuah studio rakaman di Petaling Jaya, dan selepas rakaman ini lah Along Spoon (Arwah) terus diletakkan namanya sebaris dengan nama ZAMANI SLAM, EZAD dan penyanyi-penyanyi lain yang popular dan berkualiti di Malaysia.

APA YANG TELAH BERLAKU?
Sewaktu proses rakaman suara untuk VERSI INDONESIA ini hendak dijalankan, Along (Arwah) telah diarahkan untuk masuk kedalam studio untuk sessi 'warm-up' suara oleh Ramli M.S. (Penitian Vocal untuk rakaman itu dijaga sendiri oleh Dato' Ramli M.S.). Setelah Along (Arwah) masuk ke studio, Dato' Ramli memutarkan lagu 'RSR' versi baru dan Along terus menyanyi (warm-up). Selepas itu, Along (Arwah) diminta untuk melakukan 'Warm-up' sekali lagi.
Setelah 2 kali Along (Arwah) melakukan Warm-up suara, Dato' Ramli memanggilnya keluar. Situasi memang agak gemuruh buat semua yang ada ketika itu kerana menantikan apakah yang akan dikatakan atau ditegur oleh Dato' Ramli. Biasala.... bekerja dengan seorang Pengarah Muzik yang terbaik di Malaysia, apatah lagi semua memang tahu Ketegasan Dato' Ramli M.S. ketika bekerja...
Apabila tepat wajah Along (Arwah) berhadapan dengan Dato' Ramli M.S. Tiada apa yang dikatakan oleh Datuk melainkan menyuruh Along (Arwah) pulang sahaja kerumah. Sekali lagi menjadi persoalan buat semua. Macam mana dengan rakaman? jadi atau tidak? Along(Arwah) tak boleh menyanyi ke? Tak sihat ke?...

Arahan dikeluarkan untuk semua pulang, rakaman sudah selesai... Rupa-rupanya, Dato' Ramli M.S telah merakam semua yang dinyanyikan Along ketika proses 2 kali 'Warm-Up' itu tadi tanpa semua sedari. Semua sememangnya di luar jangkaan. Along berjaya merakam lagu itu dalam masa beberapa minit sahaja dalam mutu nyanyian yang sangat berkualiti yang diakui sendiri Dato' Ramli ketika itu.
Inilah titik permulaan kualiti nyanyian Along (Arwah) terus di angkat. Along (Arwah) telah meletakkan nama dan mutu nyanyian nya disatu tahap yang terus tinggi didalam masa yang singkat. Satu "BENCH MARK" yang sehingga kini sukar diganti.

"AL-FATIHAH"
Apa kata anda?...Sebarang pendapat atau pandangan dari sudut KACA MATA ANDA amat-amat di HARGAI....
Kongsikan bersama kami di ruang 'Post a Comment' dibawah ⇩
Alfatihah Buat Arwah Along...
ReplyDelete